Keluarga dan perkahwinan Francissca_Peter

Bapanya, Lucian Gabriel Peter atau nama islamnya, Muhammad Gabriel Peter Abdullah telah meninggal dunia pada 12 April 2011 di Dungun, Terengganu pada usia 78 tahun. Bapanya pernah berkhidmat dalam Tentera British dan mengajar askar-askar Britain mengenai tatabahasa dan ejaan bahasa Inggeris. Selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, bapanya menjadi salah satu wartawan pertama untuk Reuters International di Malaysia. Kemudian, bapanya bekerja sebagai penyunting di Bernama, New Straits Times, dan Straits Echo. Sebuah buku yang ditulis bapanya berjudul The Phantom Doctors.[perlu rujukan]

Fran telah mendirikan rumah tangga pada 1993. Namun, rumahtangga Fran tidak kekal lama apabila beliau mengambil keputusan untuk berpisah dengan suami pada penghujung tahun 2009 atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.